
Sukacita dimaklumkan bahawa kami sedang di dalam proses menyediakan tapak Forum AFN versi baru (kedua) bagi menggantikan Forum AFN yang sedia ada.
Untuk makluman, forum baru AFN versi ke 2 nanti akan bermula sebagai forum baru, yang mana segala isi kandungan forum lama akan kekal di forum lama, tetapi dengan url yang lain, iaitu http://arkib.al-fikrah.net
Di bawah adalah butiran lanjut mengenai implikasi kepada pengunjung AFN terhadap kerja menaik taraf yang akan kami lakukan.
1. Semua Pendaftaran ahli baru untuk Forum AFN akan dihentikan bermula pada hari ini
2. Perkhidmatan Forum AFN akan dihentikan seketika pada 14 Jan 2012 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf.
3. Selepas daripada itu (15 Jan 2012) url (al-fikrah.net) Forum AFN sekarang akan ditukarkan kepada http://arkib.al-fikrah.net dan kemudiannya hanya akan kembali semula sebagai forum untuk bacaan sahaja (read-only).
4. Forum baru AFN versi ke 2 akan mengambil alih url al-fikrah.net, dan pengunjung yang pernah mendaftar di Forum AFN sebelum ini boleh login seperti biasa.
5. Pendaftaran ahli baru akan dibuka semula selepas pelancaran AFN V2
Perhatian: Kami meminta agar ahli AFN tidak menukar password di dalam minggu ini kerana kerja-kerja pemindahan data ahli AFN telah pun dilakukan. |
Read More... | (420 reads) 9 comments | | Score: 0 |
|
Risalah Al-Khidmah untuk Komuniti Al-Fikrah.
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah, salam dan selawat ke atas Rasulillah,
Wa ba’d;
Saya lampirkan Risalah Al-Khidmah ini untuk seluruh komuniti Al-Fikrah yang setia mengikuti perbincangan dan perkembangan yang berlaku di dalam forum ini, komuniti yang saya sayangi dan kasihi, yang pada saya merupakan tonggak dan nadi, batu asas dan tiang seri.
Setelah saya paparkan dalam satu perutusan (lihat link:http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=26249) beberapa hasrat dan harapan, aspirasi serta visi, saya ingin sekali lagi menulis dengan lebih lanjut mengenai pelan bersepadu yang telah dirangka oleh kami staf Al-Fikrah.net bagi menjaga kesinambungan dan keberlangsungan laman ini agar ia terus relevan, remaja dan responsif di mata dan hati komuniti pencinta agama khususnya pencinta mazhab salaf.
Alhamdulillah, forum Al-Fikrah.net senantiasa berjalan dengan lancar dan tenteram, hasil pemantauan berterusan oleh moderator-moderator dan panel-panel yang bertanggungjawab. Juga dari semasa ke semasa Al-Fikrah.net telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti luar dengan jayanya. Tidak dinafikan laman ini semakin mendapat tempat dan perhatian dari komuniti siber secara amnya, ini kerana mereka dapat mengenal pasti beberapa keistimewaan laman ini berbanding laman-laman lain. Kita juga beruntung kerana dipandu oleh kebijaksanaan orang-orang lama dari kalangan staf dan juga panel, serta mendapat tenaga baru dari kalangan syabab yang aktif menjayakan program-program anjuran Al-Fikrah.net.
Dengan banyaknya faktor-faktor pendokong dan mangkin yang menstabilkan Al-Fikrah.net sebagai satu medium dakwah, saya dan barisan staf merasakan adanya keperluan untuk menggunakan segala tenaga positif ini bagi mencemerlangkan lagi laman ini di masa mendatang. Tenaga positif inilah yang memberi ruh kepada aspirasi dan harapan yang telas saya sebutkan dalam tulisan yang lepas. Berikut saya paparkan buat tatapan kalian semua, dasar-dasar baru yang dirangka bagi merealisasikan aspirasi-aspirasi dan harapan-harapan itu; |
Read More... (5.85 KB) | (697 reads) 8 comments | | Score: 5 |
|

Untuk ucapan, sila klik di sini |
(557 reads) comments? | | Score: 0 |
|
LINK ASAL VIDEO KULIAH DISINI:
http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150217055901618
Jangan Mempersempit Makna Salafiyah
Oleh : Fadhilah As-Syekh DR.Abdulloh Al-Muthlaq (anggota haiah kibar ulama)
Dalam sebuah rekaman muhadhorah di kota Hail pada hari Rabu 19-Sya’ban-1424 H yang bertemakan “Al-Fitan Asbabuha wa ‘ilajuha” .
Syekh DR.Abdullah Al-Muthlaq menjelaskan sebagai berikut :
“Wahai saudaraku-saudaraku yang tercinta…mereka itu adalah orang-orang yang mempersempit makna salafiyah.
Mereka adalah orang -orang yang mengambil bagian persangkaan, orang-orang yang tidak menerima taubat, orang-orang yang memperbincangkan manusia dan tidak mau menyebarkan kebaikan. Merekalah orang-orang yang lebih banyak memberikan mudhorat kepada salafiyah daripada kebaikan yang mereka berikan kepadanya.
Sesungguhnya jika anda melihat pada para ulama Saudi maka berapakah jumlah mereka? (cukup banyak!!!) sementara orang-orang itu hanya menginginkan tiga atau empat ulama saja, sementara yang lain “bukan termasuk salaf”?!! |
Read More... (2.93 KB) | (1519 reads) comments? | | Score: 0 |
|
BIDANG TUGAS MODERATOR & PANEL AFN
PENGENALAN
1- Untuk melancarkan perjalanan AFN, Majlis Pentadbiran AFN telah bersetuju untuk mengisytiharkan bidang-bidang tugas bagi Moderator dan Panel AFN.
2- Pengisytiharan ini adalah untuk makluman semua warga AFN, supaya tidak timbul sebarang pertikaian.
3- Pengisytiharan ini akan dikemaskini tanpa notis apabila diperlukan.
BIDANG TUGAS MODERATOR & PANEL
A. MODERATOR
1- Moderator ditugaskan untuk menjaga keharmonian sesuatu topik dalam AFN sekali gus perjalanan AFN.
2- Untuk tujuan di atas, maka Moderator berhak memadam, atau meminda, atau mengkuarantin mana-mana bebenang, atau topik yang menjejaskan keharmonian AFN.
3- Moderator berhak menjalankan segala tugas yang diamanahkan kepada mereka walaupun tanpa memberikan notis kepada mana-mana Pengguna.
4- Moderator boleh mencadangkan kepada Majlis Pentadbiran AFN untuk memberikan tag tertentu kepada mana-mana Pengguna, sama ada Amaran (Warning), atau Singkir (Banned).
5- Moderator berhak untuk memisahkan (split) mana-mana topik di mana-mana yang dirasakan perlu.
6- Moderator berhak untuk mencantumkan (merge) mana-mana topik di mana-mana yang dirasakan perlu.
7- Moderator berhak menghantar Mesej Peribadi (PM) kepada mana-mana Pengguna untuk tujuan informasi, teguran, amaran dan sebagainya apabila dirasakan perlu.
8- Tugas-tugas lain atas perintah Majlis Pentadbiran AFN.
B. PANEL
1- Panel dilantik berdasarkan kredibiliti dalam bidang yang tertentu.
2- Panel mungkin menguasai beberapa bidang, justeru Panel boleh menulis dalam bidang yang dikuasainya.
3- Panel diamanahkan untuk menjawab setiap soalan atau perbincangan yang berlaku di AFN.
4- Panel berhak untuk tidak menjawab mana-mana soalan atau perbincangan jika difikirkan perlu, sama ada untuk membuat kajian lanjut, atau sebarang alasan lain.
5- Panel berhak untuk memilih mana-mana pendapat yang paling rajih (tepat) sebagai pegangan yang disyorkan oleh AFN, berdasarkan kepada penghujahan atau dalil yang sahih.
6- Tugas-tugas lain atas perintah Majlis Pentadbiran AFN.
Sekian dimaklumkan. |
Read More... | (1224 reads) 7 comments | | Score: 0 |
|
|
Hadith Today |
Nabi SAW melaknat si pemberi rasuah dan penerima rasuah.
-- HR. al-Tirmizi |
Pautan Pilihan |
|
|
Main Menu |
Home Community Members options Forums Search Web Affiliates |
Top Posters |
|
|