Suka cita dimaklumkan bahawa AFN akan melangsungkan pertandingan menulis artikel agama. Tujuan pertandingan ialah menggalakkan warga AFN menulis artikel agama serta mencungkil bakat-bakat baru yang mungkin selama ini tersembunyi.
Makluman terbaru: Hadiah telah bertambah dengan sumbangan terbaru daripada Karangkraf.
Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:
[1] Tarikh pertandingan: 15 Mac – 31 Mac 2010.
[2] Peserta: Terbuka kepada semua warga AFN kecuali staf dan ahli keluarga staf. Tiada yuran dikenakan. Setiap warga AFN boleh menghantar sebanyak maksimum tiga artikel seorang.
[3] Tajuk artikel: Para peserta hendaklah memilih salah satu dari tiga tajuk berikut:
[a] 2020: Islam dan Muslim Di Malaysia
Tuliskan pandangan dan wawasan anda untuk Islam dan umatnya di Malaysia dalam masa 10 tahun akan datang.
[b] Wahai Lelaki! Dengarlah Pandangan Saya.
Coretkan pujian dan kritikan anda tentang kaum lelaki masa kini, sama ada sebagai insan, suami, ayah, muslim dan sebagainya.
[c] Tiga Perkataan Yang Paling Sukar Diucap Masa Kini.
Kongsikan tiga perkataan yang pada pandangan anda amat sukar dan jarang-jarang disebut oleh umat Islam mutakhir ini.
[4] Artikel hendaklah ditulis menggunakan MS Word dan save sebagai “Word 97-2003 document” dan emelkan kepada saya di hafizfirdaus2@yahoo.com.my sebelum tengah malam 31 Mac 2010.
[5] Artikel hendaklah ditulis pada kertas saiz A4, font Times New Roman, saiz 12, 1.5 line spacing. Ketebalan minimum ialah 3 mukasurat, maksimum ialah 4 mukasurat.
[6] Permulaan setiap artikel hendaklah dinyatakan tajuk (salah satu dari tiga tajuk di atas), nama penuh pengarang dan user name pengarang di AFN.
[7] Hasil karya hendaklah tulen dari penulis dan bukan salinan atau “copy and paste” dari sumber lain.
[8] Apa-apa masukan atau nukilan dari sumber lain umpama ayat Qur'an, hadis, kata-kata ulama' hendaklah dinyatakan sumbernya.
[9] Mana-mana artikel yang tidak menepati syarat di atas akan ditolak tanpa sebarang pertimbangan lanjut.
Artikel-artikel akan diadili oleh satu panel hakim yang terdiri dari beberapa warga senior AFN. Artikel akan diadili berdasarkan:
a - Ketepatan dalil dan hujah.
b - Struktur artikel (intro, body, ending).
c - Tatabahasa, ejaan dan susunan ayat.
d - Kekemasan menulis (para, margin, etc).
e - Kehadiran ciri menarik yang lain dari yang lain.
Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau maklumbalas tidak akan dilayan.
Hadiah-hadiah adalah ihsan dari E & A Shopping Centre.:
Hadiah Pertama: Tafsir Imam Syafi’i (3 jilid besar berkulit keras) dan tunai RM200.
Hadiah Kedua: Ringkasan Kitab al-Umm (3 jilid besar berkulit keras) dan tunai RM150.
Hadiah Ketiga: Raudhah al-Thalibin (2 jilid besar berkulit keras) dan tunai RM100.
The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster