Kembali Keapda Islam Yang Asal
Isu Semasa Oleh: Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/



Apabila kita melihat umat islam sekarang dengan berdasarkan apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah maka kita akan menemukan umat itu sebagai umat yang lain, bukan sebagai umat Al-Quran yang digambarkankan oleh Allah s.w.t. sebagai umat yang terbaik diantara umat-umat yang lain. Untuk kembali kepada islam yang asal seperti apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat memang begitu sukar. Tetapi untuk itu, kita sebagai umat islam dengan semampu mungkin berkorban melakukan yang terbaik untuk mencapai ketahap itu. Kita tidak perlu mencapai tahap secara keseluruhannya tetapi sekurang-kurangnya dapat mencerminkan kepada dunia ini dan umat ini sehingga mereka dapat merasai dan melihat sendiri apa itu islam yang sebenarnya.


Islam yang difahami sebagai Rahmatan lil 'aalamin itu bukanlah hanya memfokuskan kepada hukuman semata-mata tetapi realiti umat masa kini yang perlu diperbaharui supaya mereka dapat memahami islam itu secara tidak langsung iaitu perlu mewujudkan umat yang berkasih sayang, hormat menghormati, melakukan keadilan, tiada penindasan, tiada rasuah, tiada kezaliman dan malah dapat mengubah perspektif dikalangan bukan islam untuk menyanjungi islam itu sehingga dapat mereka merasai keindahan islam yang sebenarnya dan merasa takjub serta dapat membukakan hati mereka untuk menerima islam.



Maka setiap kerosakan yang berlaku perlulah umat islam memikul bersama walaupun berbeza parti , pandangan dan manhaj. Kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam buku kecilnya mengenai “Punca Kelemahan Umat Islam Masa kini ” beliau mengatakan kerosakan itu terdapat dalam batin kita, dalam diri kita masing-masing, kerana kita terlalu mencintai kita. Kita masing-masing bertawaf di sekitar zat kita, seperti penyembah berhala dengan mengelilingi berhalanya, dalam usaha mencuci bersih diri sendiri dan menunding orang lain. Orang lain selain dari kita sendiri dipersalahkan sebagai yang bertanggunjawab. Kita melihat kotoran pada mata orang lain tetapi tidak melihat kayu pada mata kita sendiri.

Ya, kerosakan itu terdapat pada diri kita semua. Kaum muslimin dituntutnya untuk bekerja, sedang dia sendiri tidak, mereka diperintahkan berjihad, dia sendiri duduk, mereka disuruh menyumbang, sedang dirinya sangat kikir dan mereka dituntut untuk berkorban, sedang dia sendiri menontoninya.

Penyakitnya ada dalam diri kita semua, kerana semuanya beriman kepada Allah dan sekaligus tidak patuh kepada perintahNya. Kita mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi enggan mengikuti ajarannya. Ingin masuk ke syurga, tetapi tidak menempuh jalan-jalannya dan takut pada api neraka, namun senang menempuh jalan yang dapat menghantarkan ke neraka. Senang mengakui dirinya sebagai orang Islam, tetapi enggan bekerja untuk membela agamanya. Sungguh berbahagia orang yang telah mulai dengan memperbaiki dirinya sendiri, kemudian mengajak orang lain.

Selain itu juga umat islam perlu berwaspada terhadap tiga penyakit ini. Maka dengan itu peranan para pendakwah dan masyarakat islam perlulah menerangkan akan kebatilan dan penyelewengan ajaran golongan ini yang boleh merosakkan agama islam itu sendiri. Daripada Ibn Jarir dan dilengkapkan dalam Fawa'idnya dan oleh Ibn 'Adi dan lain-lain dari­pada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda:

Maksudnya: “ Ilmu ini hendaklah dibawa oleh orang-orang yang adil daripada setiap generasi. Mereka membersihkannya dari penyelewengan golongan pelampau, pendustaan orang-orang sesat dan ta'wilan orang-orang yang jahil. ”[ Riwayat al-Baihaqi, Ibn ‘Adi, al-Bazzar]

Penyelewengan golongan Pelampau
Golongan ini melampau dalam beragama melebihi apa yang diajar oleh Allah dan Rasulnya. Mereka menjadikan seolah agama islam ini hanya ekslusif bagi mereka.

Penyelewengan ini datang melalui cara yang melampau dan tokok tambah yang berubah daripada bentuk kesederhanaan (al-wasatiyyah) yang menjadi keistimewaan agama ini, berubah daripada konsep toleransi yang menjadi ciri agama yang mudah ini, dan berubah daripada konsep tidak menyulitkan yang merupakan ciri taklif syariat ini.Sikap melampau ini pernah dilakukan oleh Ahli Kitab sebelum ini, yang telah melampaui batas dalam aspek akidah, ibadat dan tingkah laku.[1]

Antara contohnya apabila baginda mengetahui ada di kalangan sahabah cuba ingin beribadah melebihi apa yang diajar, dimana seorangnya ingin bersolat sepanjang malam, seorang lagi ingin berpuasa setiap hari dan seorang yang lain pula tidak ingin lagi menggauli wanita, baginda berkata:

Maksudnya: Adakah kamu yang mengatakan sebegini? (baginda menyebut ucapan mereka). Demi Allah sesungguhnya aku orang yang paling takutkan Allah dan paling bertaqwa. Namun aku berpuasa dan berbuka, bersolat dan tidur dan menggauli wanita. Sesiapa yang berpaling dari sunnahku bukan daripadaku [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Pendustaan orang-orang sesat
Golongan ini membuat dakwaan-dakwaan palsu atas nama agama. Hal itu dilakukan dengan cara mencipta hadis-hadis palsu atau menokok tambah ajaran agama tanpa dalil yang kukuh[2]

Ta'wilan orang-orang yang jahil
Golongan jahil mentakwil nas-nas agama tanpa menggunakan kaedah Islam yang betul. Perkataan jahil bukan hanya merujuk kepada golongan yang langsung tidak memiliki ilmu pengetahuan. Malah, individu atau golongan yang beriktikad atau bertindak menyanggahi hakikat ilmu juga dianggap jahil. [3]

Antaranya berkenaan zikir menari. Golongan sufi mentakwilkan bahawa terdapat dalil yang menunjukkan keharusan zikir menari. Bagi mereka jika tidak ada dalil pun maka ia tetap harus kerana setiap apa yang Nabi s.a.w diamkan maka ia bukannya menunjukkan larangan.Ini adalah satu dakwaan yang kurang tepat dan tidak berpandukan kepada hukum fiqh dengan betul. Zikir yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat mereka berzikir dalam keadaan tenang pada setiap keadaan dan sedar bukannya dilakukan dengan gerak-geri yang kasar , menjerit dan menghayunkan badan.

Berzikir juga tidak boleh sampai ketahap meniru amalan bukan islam kerana ia melibatkan ibadah khusus. Berzikir secara serentak beramai-ramai dengan nada berlagu dan bermelodi sambil mengayun badan atau kepala menyerupai upacara ‘hymns’ Yahudi dan ‘psalms’ Nasrani. Maka jelas ia dilarang dalam islam.

Kata Dr. Wahbah Az-Zuhaili berkenaan hukum zikir menari. Beliau mengatakan ini adalah bid’ah yang mungkar yang disebutkan oleh ulamak syariah pengharamannya. Meskipun para sufi mengerjakannya dengan berbagai takwil, namun Allah S.W.T lebih mengetahui dan ini tidak boleh dan tidak diterima di dalam syariat. Al-Qurthubi dan yang lainnya telah memperingatkan kemungkaran hal ini dan sepertinya didalam tafsirnya-Surah Luqman :6 [4]

Maka untuk itu setiap kaum muslimin berperanan melakukan perubahan atau tajdid dan perlu mengembalikan kekuatan umat islam kerana kekuatan itu tidak akan kembali melainkan dengan kembali pada agama yang sebenarnya sehingga pesanan Rasulullah s.a.w dilaksanakan iaitu , hatta tarji’u ila dinikum, hingga kalian mahu kembali kepada agama kalian. Kembali kepada agama bukan sekadar melaksanakan islam sebahagiannya kemudian ditinggalkan sebahagiannya tetapi kembali secara menyeluruh. Untuk meraih kembali agama ini perlulah dilaksanakan beberapa langkah. Antara adalah:

-Kembali pada agama dengan pemahaman yang sebenar sebagaimana yang difahami oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan salafusoleh kerana cara pelaksaan mereka dan pemahaman mereka terhadap islam itulah yang boleh membawa kepada agama islam yang sebenarnya,

-Menyeru dan mengamalkan ajaran islam itu dengan sebenar-benarnya tanpa tiga penyakit itu iaitu penyelewengan golongan pelampau, pendustaan orang-orang sesat dan ta'wilan orang-orang yang jahil,

-Melakukan Tarbiyah dan Tashfiyah. Tarbiyah adalah membersihkan ajaran agama dari kotoran yang boleh mengaburkan syariat islam. Tashfiyah ialah menyebarkan ajaran dan nilai-nilai agama yang telah dibersihkan yang telah diserap oleh musuh-musuh islam dan hawa nafsu,

-Melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar dengan bersungguh-sungguh.

-Menerapkan islam itu dengan secara yang tepat dan berkesan tanpa mengingkari sedikitpun baik perkara itu kecil atau besar.

Wallahua'lam
(880 reads)
Re: Kembali Keapda Islam Yang Asal (Score: 1)
by Wan on Thursday, February 18, 2010 (01:44:28)
Great Barakallah

| Parent

Re: Kembali Keapda Islam Yang Asal (Score: 1)
by rdztech on Wednesday, March 10, 2010 (10:45:24)
Saya amat bersetuju dengan artikel ini. Tapi saya rasakan orang yang bertanggungjawab memberikan kefahaman yang samar kepada masyarakat ialah aktivist agama yang ekstrim, disamping tidak meletakkan Al-Quran dan sunnah sebagai rujukan pertama. Tidak mungkin seorang yang beriman dengan Allah dan Rasul tidak yakin untuk beramal dengan apa yang dinyatakan jelas dalam al-Quran dan Hadis.

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Isu Semasa

Most read story about Isu Semasa:
MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Toggle Content Article Rating
Average Score: 3
Votes: 2


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba ALLAH SWT yang bersaudara.

-- HR. Muttafaq `alaih

Toggle Content Pautan Pilihan






Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 242
Bots: 1
Total: 243
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11487 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster