Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Tepat
Isu Semasa

Sumber: http://the-authenthic.blogspot.com

Assalamualaikum wbt.

Dua fatwa terbaru yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) telah dilihat menimbulkan reaksi kurang senang segelintir pihak sama ada dari kalangan umat Islam mahupun bukan Islam. Jika kita mengamati kedua-dua fatwa tersebut, iaitu fatwa tentang pengharaman pengkid dan amalan yoga, keduanya berpijak di atas satu landasan yang sama iaitu hukum ‘tasyabbuh’.

Apakah itu tasyabbuh? Tasyabbuh di ambil dari perkataan al-Musyabahah yang bermaksud meniru, mencontohi, menjalin, mengaitkan diri dan mengikuti (Dr.Nashir Bin Abdul Karim Al-Aql, Man Tasyabbaha Bi Qaumin Fahuwa Min Hum).

Dr.Nashir Bin Abdul Karim Al-Aql menerangkan bahawa tasyabbuh yang dilarang di dalam Islam ialah meniru orang kafir dalam segala bentuk aqidah, ibadah, kebudayaan dan tingkah laku yang menunjukkan ciri khas golongan bukan Islam tersebut.

Ini adalah berasaskan hadith Rasulullah yang bermaksud: “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah sebahagian daripada mereka” (Hadith riwayat Abu Daud).

Jika diamati, Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) telah menjelaskan bahawa pengharaman yoga adalah kerana ia berkait dengan ajaran agama Hindu. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) bertepatan dengan sabda Rasulullah di atas.

Oleh yang demikian, umat Islam sewajarnya mentaati fatwa tersebut. Terdapat beberapa hikmah kenapa umat Islam dilarang daripada menyerupai golongan bukan Islam.

Pertama, kesemua ajaran agama selain Islam dibangun di atas asas yang terpesong dan rosak.

Kedua, dengan meniru ajaran bukan Islam, ia akan menjadikan umat Islam pengikut mereka.

Ketiga, meniru perbuatan orang bukan Islam akan menimbulkan rasa kagum kepada kepercayaan dan tatacara hidup mereka.

Keempat, meniru ajaran bukan Islam akan melahirkan rasa cinta dan kesetiaan kepada orang-orang yang ditiru, iaitu bukan Islam.

Kelima, meniru bukan Islam akan menyebabkan umat Islam terjerumus ke dalam kehinaan kerana akan sentiasa merasa rendah diri kepada orang kafir.

Jika kita mengamati isu pengkid pula, ia berkaitan dengan hukum tasyabbuh jua iaitu larangan menyerupai jantina lawan. Ini jelas berdasarkan hadith Rasulullah iaitu:

Dari Ibn ‘Abbas ra meriwayatkan bahawa : ”Rasulullah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki” (Hadith riwayat al-Bukhari)

”Rasulullah saw melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki”.(Hadith riwayat Abu Daud).

Berdasarkan dalil-dalil di atas, jelas terbukti bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Oleh kerana itu, umat Islam hendaklak patuh dan tunduk. Sebagaimana firman Allah :. Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (An-Nisa’:115).

Selain daripada itu, diharapkan jua, agar fatwa yang berkaitan dengan lelaki yang menyerupai wanita atau ’tomboy’ dapat dikeluarkan. Ini bagi mengelakkan kekeliruan sesetengah pihak yang menuduh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) cuba mendiskriminasi golongan wanita.

Majlis penerangan berkaitan fatwa-fatwa yang dikeluarkan hendaklah diperhebatkan bagi menangkis tuduhan-tuduhan melulu sesetengah pihak yang cuba memburuk-burukkan agama Islam. Umat Islam jua hendaklah berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan agama mereka terutamanya di dalam bidang akidah. Ini bagi mengelakkan kita daripada terjerumus ke dalam perbuatan yang boleh menjejaskan keimanan kita.

____________________________________

Mohd Masri Bin Mohd Ramli


Associated Topics:

Fiqh Sunnah
(1459 reads)
Re: INTIS: Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Tepat (Score: 1)
by abu_usamah on Thursday, November 27, 2008 (13:02:13)
Assalamualaikum wbt.

-kepada moderator-

Ana meminta maaf, harap artikel ini dapat di edit dan di buang nama INTIS. Ini kerana terdapat bantahan dari kalangan ahli INTIS sendiri kerana artikel ini tidak dibincangkan dengan mereka. Maka, yang membantah menuntut nama INTIS di tiadakan dari artikel ini kerana ia bukan pandangan kolektif ahli-ahli INTIS dan dipersoalkan juga di mana isu sunnahnya di dalam artikel ini.

Maka dengan ini, saya memberitahu artikel ini ialah pendirian saya sendiri di dalam isu ini, dan mohon maaf kepada semua ahli INTIS kerana menggunakan nama Unit Penerbitan dan Penerangan INTIS untuk artikel ini.

Sekian terima kasih, wallahua'lam.

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Isu Semasa

Most read story about Isu Semasa:
MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 2


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Dari Abu ‘Amrah Sufyan bin ‘Abdullah radhiyallahu anhu, ia berkata : " Aku telah berkata : ‘Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku tentang Islam, suatu perkataan yang aku tak akan dapat menanyakannya kepada seorang pun kecuali kepadamu’. Bersabdalah Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : ‘Katakanlah : Aku telah beriman kepada Allah, kemudian beristiqamalah kamu’ “

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan






Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 233
Bots: 1
Total: 234
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11487 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster