
Antara 'tahu dan hafal', dan 'tahu dan faham'.
Oleh: Yussamir Yusof - Negeri Sembilan - 21 Oktober 2008
“Antara ‘tahu dan hafal’ dan ‘tahu dan faham’, mana yang lebih utama?” Ini adalah antara soalan yang ditanyakan kepada saya semasa di Masjidil Haram. Seorang lelaki tua, berjubah putih dan berserban putih,
Semasa saya berada di Makkah, saya sempat mengikuti kuliah Syeikh Abdul Kadir al-Mandili di Masjidil Haram secara Talaqi. Antara kuliah beliau yang masih saya ingati ialah cerita beliau tentang beza jamaah haji yang ‘tahu dan hafal’ dan ‘tahu dan faham’. Salah seorang yang mengikuti kuliah tersebut bertanya, “Apa beza ‘tahu dan hafal’ dan ‘tahu dan faham’?”
Apa yang menariknya, penjelasan beliau tentang hal ini dijelaskan berdasarkan contoh yang sangat melucukan. Kata beliau, “ada sekumpulan jamaah haji sedang melakukan sai’e antara Saffa dan Marwah. Kumpulan ini diketuai seorang Mutawif dan Mutawif ini biasanya dikalangan mereka yang asalnya dari sini atau dari sekitar tanah Arab. Mereka memakai pakaian seperti saya ini (berjubah putih, berserban putih ataupun berserban merah), dan pastilah kumpulan jamaah haji ini beranggapan bahawa Mutawif ini seorang yang alim berdasarkan penampilan beliau. Untuk memendekkan cerita, ketika sampai di salah satu pintu semasa sai’e, Mutawif ini tergelincir dan dia terjatuh sambil tangannya menyapu salah satu pintu di situ. Yang melucukan semua orang di kumpulan itu, buat-buat jatuh dan menyapu tangan mereka di pintu tersebut. Mutawif itu kehairanan dan beliau bertanyakan kepada sebahagian orang dikumpulan itu, dan mereka menjawab, “kami fikir, itu antara cara bersai’e.”
Semua orang didalam kuliah itu ketawa dan ada juga yang kehairanan dengan kejahilan jamaah haji tersebut. Begitulah analoginya seorang pelajar atau penuntut ilmu yang tahu dan hafal ilmunya tanpa memahami, dengan seorang pelajar yang tahu dan memahami ilmu yang dia pelajarinya. Orang yang tahu dan hafal, mereka tidak akan ada usaha untuk menyelidik dan mengetahui lebih lanjut tentang ilmu yang dia pelajari, sama ada ilmu itu dilandasan yang benar atau tidak. Orang sebegini akan menjawab atau menyampaika apa sahaja yang dia perolehi seperti apa yang dia dapat didalam buku/kitab. Pemikiran mereka beku, terpenjara dan statik.
Jika sesuatu pandangan ataupun pendapat yang berlainan dengan apa yang mereka hafal, mereka akan menentang dengan sangat keras. Sehinggakan sanggup melabelkan orang-orang yang tidak selari dengan mereka dengan pelbagai label.
Situasi ini sama sahaha dengan orang menghafal Quran dan menjadi al-Hafiz, tetapi tidak mengetahui dan tidak memahami isi kandungan Quran yang dia hafal. Hafalan mereka hanya tersekat dikerongkong mereka, Sehinggakan Nabi s.a.w pernah berpesan dan mengingatkan tentang golongan ini dengan berkata, “Akan muncul satu golongan yang selalu membandingkan solat kamu dengan solat mereka, puasa kamu dengan puasa mereka, amalan kamu dengan amalan mereka sambil membaca al-Quran tetapi bacaan itu langsung tidak melebihi kerongkong mereka. Malah, merekalah yang paling ramai keluar daripada agama seperti anak panah keluar daripada busurnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Tetapi bagi orang yang belajar dan memahami ilmu yang dipelajari, mereka sangat-sangat berguna kepada dirinya dan orang yang berada di sisinya. Orang begini tidak hanya sekadar tahu, tetapi mereka cuba menyelidik, dan mengkaji mengapa, bagaimana dan apakah ilmu yang dia perolehi. Mereka terbuka menerima kepelbagaian pandangan, tidak mudah untuk melabel-labelkan seseorang atau kumpulan yang berbeza dengan pandangan mereka. Mereka akan menilai dan mengkaji kepelbagaian pandangan ini, dan berkongsi dengan orang ramai dengan semudah dan seringkas yang boleh. Apabila ditanya sesuatu masalah, dan masalah itu mempunyai pelbagai jawapan dan pandangan, mereka tidak segan-silu untuk menjelaskan kesemuanya, dan memberikan kebebasan kepada orang yang bertanya itu untuk mengikuti pandangan yang mana sesuai dengan mereka dan sesuai dengan keadaan mereka.
Selagimana pandangan itu kuat berdasarkan Quran dan Hadith, maka selagi itulah kita tidak boleh memenjarakan pemikiran dan membekukan institusi akal yang memerlukan percambahan ilmu dan kepelbagaian perbincangan yang ilmiah. Orang-orang yang memelihara tradisi ilmu ini dan tradisi ulama’ salaf ini, mereka inilah yang dikatakan sebagai Ulul-Albab. |
|
(1367 reads) |
|
Re: Ulul-albab
(Score: 1)
by syahrezan on Sunday, November 09, 2008 (14:54:24)
antara salah satu hujah : ilmu bukan modal utama dakwah.
satu orang yang hafal sanad dan matan pahala solat berjemaah beserta syarahnya dan pendapat2 serta khilaf ulama, tak semestinya faham keutamaan solat berjemaah berbanding solat sendirian.
Re: Ulul-albab
(Score: 1)
by hydrargyrum on Monday, November 10, 2008 (04:50:41)
rasanya tu kuliah anak Syeikh Abdul Kadir al-Mandili, sebab Syeikh Abd Kadir dah meninggal lama . anak dia pun mengajar situ, tapi ada juga org ingat tu syiekh abd kadir sendiri, rupa lebih kurang, pakaian sama.
Re: Ulul-albab
(Score: 1)
by yawausin on Monday, November 10, 2008 (06:06:14)
Ini cerita 5 tahun lepas.. Harap maklum.
Re: Ulul-albab
(Score: 1)
by hydrargyrum on Monday, November 10, 2008 (14:32:04)
setahu saya tuan guru sheikh abdul qadir al-mandili yg mengajar di masjidil haram tu dah meninggal dunia lebih daripada 5 tahun lepas.
dalam buku karangan anaknya (syeikh mohammad bin abdul qadir al-mandili), 'panduan dan nasihat haji dan umrah', dia tulis ayahnya telah kembali ke rahmatullah. buku itu dicetak pada ogos 2001.
Re: Ulul-albab
(Score: 1)
by happyzhi on Saturday, November 19, 2011 (10:06:28)
but their empty wine bottles Eden Eternal Gold as early as this thousands of miles wilderness,the sand
Everquest Platinum,North Point streets Grand Fantasia Gold,Lancer
rifles such weapons FFxi Gil is to maximize the arms Fire Fall Gold,pirates of the
Stanford FFxiv Gil interference is particularly serious Guild Wars 2 Gold.Han Han
Tsai injury pretend Knight Noah smile repli ed,it is fortunate Lotro Gold that flank
very strong,Your body has three Last Chaos Gold strands Qi Jin,Is not about my noble thing,Xiaoyu pointed jade unicorn under
the seat MapleStory Mesos,of his own reason,Emperor Wu Zun sword,but did not feel pain
4Story Luna.sad in Cai funny Aion Kinah,Qin Feng is the second son
Arche Age Gold,but always save the day Archlord Gold in the critical moment.
Atlantica Gold has been continued Blade Soul Gold for nearly half
Cabal Alz of the long stick of incense DCUO Cash,O ne day children
Dungeons Dragons Platinum,precisely in order to decorate
|
Article Rating |
Average Score: 5Votes: 1 Please take a second and vote for this article: |
Hadith Today |
Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim
-- HR. Al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah |
Pautan Pilihan |
|
|
Main Menu |
Home Community Members options Forums Search Web Affiliates |
Top Posters |
|
|