Mencari Permata Yang Hilang
Isu Semasa Oleh Abu Usamah



Zulkifli Nordin
Blog: http://zul4kulim.blogspot.com/

Assalamualaikum wbt.

Entah kenapa bumi Malaysia yang dihuni majoriti umat Islam seolah-olah bumi yang sempit buat umat Islam.

Kebiasaannya, mereka yang minoriti lah mesti merasa tertekan (kita tidak suruh menekan golongan minoriti), merekalah yang merasa perlu berhati-hati supaya tidak mencetuskan kemarahan golongan majoriti.

Akan tetapi entah kenapa di Malaysia, seolah-olah orang Islam pula yang terlalu berhati-hati. Segala macam yang mahu kita lakukan perlu ambil kira perasaan non-Muslim hatta kepada yang tiada kaitan dengan non-Muslim.

Dari isu fatwa Yoga, Pengkid. Maka berkokoklah si kafir ini mencampuri urusan orang Islam. Menyibuk-nyibuk menunjuk pandai untuk mengajar umat Islam apa yang boleh apa yang tidak.

Dan malangnya, mereka si kafir yang berkokok ini kadangkala mendapat sokongan moral si Muslim pula. Mungkin atas dasar hak asasi manusia, keadilan dan lain-lain.

Siapakah yang kala ini mampu bersuara? Siapakah di bumi Malaysia ini sekiranya sekali dia bersuara akan tertutup mulut semuanya. Siapakah yang berani mahu menzahirkan pembelaan kepada Islam tanpa takut kepada tindak balas si kafir. Siapa?

Ia umpama mencari satu permata yang hilang. Mungkin yang berani bersuara ini ialah pakcik-pakcik yang meniti usia di kampung-kampung. Mungkin yang berani bersuara ini ialah individu yang suaranya tidak di dengar pun di dalam negara, dan namanya tidak dikenali. Mungkin mereka inilah yang diharapkan untuk mempertahankannya.

Di manakah suara-suara yang jika bersuara, nescaya seluruh surat khabar akan melaporkannya. Di manakah suara-suara yang mana jika sekali dia berkata, nescaya teruja kesemua manusia.

Tidak lama sebelum ini, YB Zulkifli Nordin bersuara di dalam Parlimen. Ya, mungkin kita tidak berapa setuju dengan beliau (apabila beliau menyebut isu azan yang masih tidak dapat dibuktikan), akan tetapi sekurang-kurangnya beliau sudah menunjukkan satu keberanian, yang mungkin ditakuti oleh ahli-ahli politik. Beliau menanggung risiko di tolak oleh pengundi-pengundi beliau sendiri.

Bukalah weblog beliau, lihat bagaimana pengundi-pengundi yang bukan Islam ini mengugut untuk tidak mengundi beliau bahkan mencabar untuk beliau meletak jawatan dan diadakan pilihanraya kecil.

Itulah risiko. Tapi bak kata pepatah ”Jika takut akan risiko, jangan bercakap tentang perjuangan”. Perjuangan apakah yang paling besar melainkan menegakkan tauhid.

Malang-malang, apabila ada umat Islam bermain dengan rentak si kafir. Ada umat Islam yang sudah menggelar YB Zul akan menyertai UMNO, bercakap atas nada UMNO. Apakah ini caranya kita mencintai saudara seIslam kita. Di kala kita kecut mahu mempertahankan Islam, kita bukan mahu menggalakkan, bahkan menggelar orang yang berani itu dengan gelaran bermacam-macam.

Seolah-olah Wala’ kepada sesama Muslim telah berpindah kepada Bara’, Bara’ kepada orang kafir telah bertukar menjadi Wala’. Hati orang kafir lebih mahu dijaga daripada hati orang Islam.

Mencari mereka yang berani untuk bersuara dengan lantang atas nama Islam, adalah sukar di masa ini, apakah sukar benar buat kita untuk sentiasa bersangka baik sesama Muslim, memberikan sokongan moral, ataupun paling kurang, janganlah memperlecehkan tindakan berani saudara seIslam kita.



Saya ingin memohon seribu kemaafan sekiranya ada yang tersinggung dengan satu penulisan di blog saya yang bertajuk Ulasan Kepada Saya ingin memohon seribu kemaafan sekiranya ada yang tersinggung dengan satu penulisan di blog saya yang bertajuk Ulasan Kepada Kenyataan Presiden IQ berhubung tindakan YB Zulkifli Nordin mempertahankan Islam.

Ingin saya perjelaskan bahawa tulisan itu tiada niat untuk merendah-rendahkan perjuangan YB Zulkifli Nordin apatah lagi merendah-rendahkan Presiden IQ. Ia hanyalah satu ulasan yang saya rasakan perlu sebagai satu garis panduan kepada kita supaya kita melakukan sesuatu yang betul. Maaf sekiranya tulisan itu menimbulkan rasa kurang senang dan seolah-olah saya membantah kelantangan YB Zulkifli Nordin. Kita tetap akan berdiri di bawah panji-panji Islam walaupun kita terpaksa berseorangan.

Wallahua’lam.
(1789 reads)
Re: Mencari Permata Yang Hilang (Score: 1)
by hana on Wednesday, November 05, 2008 (23:37:15)
Bismillah
Assalamualaikum

Zulkifli Nordin ni pernah bekerja sebagai lawyer ke?
rasa macam pernah jumpa sewaktu pre departure..
(off topic)

Wassalamualakum

| Parent

Re: Mencari Permata Yang Hilang (Score: 1)
by abu_usamah on Thursday, November 06, 2008 (03:49:01)
Adeh! Tulisan tu ana yang tulisle, bukan Zulkifli Nordin.

Gambar dia ana letak sebagai hiasan lah, mungkin dialah permata yang ada masa sekarang. Kena saman kang guna nama dia, sebab mendakwa tulisan ni ditulis oleh YB Zul.

| Parent

Re: Mencari Permata Yang Hilang (Score: 1)
by akob73 on Thursday, November 06, 2008 (07:05:48)
Ok akob dah tukar.. Abu Irfan tak perasan kut

Akob ni moderator reserve jer.. Wink

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Isu Semasa

Most read story about Isu Semasa:
MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Toggle Content Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0
Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Tidak sempurna iman salah seorang kamu sehinggalah aku dijadikan lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan manusia keseluruhannya

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan






Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 300
Bots: 1
Total: 301
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11487 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster