Community Forums
[Syaikh Dr. Basyar] Hasan Gharib Tirmizi = Dhaif
Perbincangan sekitar persoalan Qur'an, Hadis, Kisah Nabi-nabi dan Umat terdahulu serta para sahabat
Go to page 1, 2  Next
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.   Printer Friendly Page     Forum IndexQur'an dan Hadis
View previous topic :: View next topic  
Author Message
FATHI
Panel Hadith



Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: [Syaikh Dr. Basyar] Hasan Gharib Tirmizi = Dhaif
Posted: Mon Dec 14, 2009 11:56 pm
Reply with quote

Assalamualaikum

seperti yg ana pernah sebut sebelum ini dalam thread ''Hasan Gharib Tirmizi = Dhaif , kata Dr Basyar Awwad'' [ www.al-fikrah.net/Foru...=9630.html ] :

mubtadi kepda Fathi wrote:
Mengikut pemahaman saya, ibarat yang dirujuk oleh shaykh Dr. Basyar adalah keseluruhan ibarat iaitu, “Ini adalah ḥadīś hasan gharib, tidak kami ketahui ḥadīś ini melainkan daripada jalan ini.” Bukan semata-mata, “hasan gharib.” Oleh itu, untuk menggunakan kenyataan Dr. Basyar untuk menyokong pendhaifan “hasan gharib” mengikut imam al-Tirmizi adalah kurang tepat (precise).

Melainkan jika al-Ustaz mempunyai rujukan yang lain menunjukkan pendapat Dr. Basyar bahawa “hasan gharib” (tanpa penjelasan tambahan) adalah dhaif secara majoritinya.

reply FATHI kepada Mubtadi wrote:
terpulang enta nk paham mcm mana kenyataan Dr. Basyar tu, plg kurang enta setuju kenyataan Dr. Basyar tu utk keseluruhan kenyataan atTirmizi ''haza hadith hasan gharib, la na'rifuhu illa min hazal wajh'' adalah dhaif.

ana telah e-mail kpd Dr. Basyar bertanya tntg kenyataan beliau tu, tak tahulah beliau akan reply atau tidak, sbb e-mail yg ana hntr sebelum2 ni beliau x pernah reply, hehe..

e-mail kpd: bmarouf @ rhc.jo

------------------- natijah:

alhamdulillah, setelah menunggu beberapa hari akhirnya syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf [hafizahullah] telah reply e-mail ana [dan ini adalah e-mail pertama ana yg syaikh Basyar reply!alhamdulillah],

dan telah jelas bahawa kenyataan syaikh Basyar dalam ta'liqnya keatas Tarikh Baghdad yg ana nukilkan dlm AFN tempoh hari itu adalah untuk ''hasan Gharib'', bahkan syaikh Basyar menyatakan bahawa hadith ''hasan'' Tirmizi adalah hadith dhaif!

berikut adalah e-mail yg ana hantar dan reply dari syaikh Basyar [hafizahullah]:

1) e-mail ana kepada syaikh al-Muhadddith Dr. Basyar Awwad:

Quote::
From: FATHI ALI [mailto:fathi_ali1427h@yahoo.com]
Sent: Friday, December 11, 2009 2:17 PM
To: BMarouf @ rhc.jo
Cc: FATHI ALI
Subject: قال الشيخ بشار عواد في تحقيقه على تاريخ بغداد


الشيخ بشار عواد,وفقه الله

في تحقيقك على تاريخ بغداد , ج 11, ص 530 عن حسن غريب عند الترمذي :

"وهذه العبارة تدل على ضعف الحديث عند الترمذي كما هو واضح للدارس لعبارة الترمذي"

الحسن عند الترمذي نوع من انواع الضعيف ؟؟

جزاكم الله الجنة

بارك الله فيك وأمد الله فى عمرك لخدمة دينه الحنيف

2) dan ini pula reply dari syaikh al-Muhadddith Dr. Basyar Awwad:

Quote::
RE: قال الشيخ بشار عواد في تحقيقه على تاريخ بغداد
Monday, December 14, 2009 12:45 AM
From:
"Bashar Marouf" <BMarouf@rhc.jo>
View contact details
To:
"'FATHI ALI'" <fathi_ali1427h@yahoo.com>

نعم، مفهوم "الحسن" عند الترمذي هو الحديث الضعيف المعتبر به، والحديث الذي أشرت إليه عند الترمذي برقم (3620) وهو حديث الغمامة حديث منكر جدًا كما بينته في تعليقي عليه. وهذه النتيجة التي توصلت إليها هي نتيجة استقرائية لصنيع الترمذي، والله الموفق للصواب.


wassalam

moga Allah memelihara syaikh Basyar Awwad Ma'rouf untuk terus berkhidmat kepada agamaNya.

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎


Last edited by FATHI on Fri Aug 26, 2011 3:41 am; edited 4 times in total
Back to top
View user's profile
Athma_Godam
Moderator



Joined: Oct 16, 2008
Posts: 6591
Location: Semerah Padi

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 1:12 am
Reply with quote

sighah bercakap dengan orang berilmu/ alim ni.. moleknya gunakan jamak.. dan itulah cara yang diajar kepadaku selama ini..

contoh:

أنت jadi أنتم

dan seterusnya.. cuma semak kembali cara berbahasa & soalan.. boleh lihat fatwa ulama kontemporari..

ana baca cara emel Fathi, senyum je.. sebab selamba.. Very Happy

sekadar perkongsian.. baguih dah tu.. boleh berbalas emel & soalan dengan masyayikh kibar..
Back to top
View user's profile
FATHI
Panel Hadith



Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 1:21 am
Reply with quote

hilmi07 wrote:
sighah bercakap dengan orang berilmu/ alim ni.. moleknya gunakan jamak.. dan itulah cara yang diajar kepadaku selama ini..

contoh:

أنت jadi أنتم

dan seterusnya.. cuma semak kembali cara berbahasa & soalan.. boleh lihat fatwa ulama kontemporari..

ana baca cara emel Fathi, senyum je.. sebab selamba.. Very Happy

sekadar perkongsian.. baguih dah tu.. boleh berbalas emel & soalan dengan masyayikh kibar..

syukran atas tunjuk ajar.

alamat e-mail syaikh Basyar ana dapat dari sorang sahabat dlm Multaqa' Ahl Hadith

ana tulis e-mail tu cepat2,dan x expect pun syaikh Basyar reply, sbb sebelum2 ni ana msg beliau x reply,ni la 1st e-mail yg beliau layan. Maybe beliau sibuk, bulan Mei yg lepas syaikh Basyar ada datang Iskandariah,Mesir bentang paper work di Bibliotheca Alexandria, ana xdpt pergi, tidak bleh tgk muka syaikh live.

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎
Back to top
View user's profile
fizi
Ilmuwan



Joined: Jul 01, 2008
Posts: 1083
Location: KL

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 2:16 am
Reply with quote

Salam,

Terima kasih Ustaz Fathi atas pemberitahuan ini.

* Terasa setakat boleh "intai-intai" ilmu agama. Makin banyak didedahkan, makin tahu kejauhan dari ilmu.

_________________
Saling menegur amalan mulia
Back to top
View user's profile Send e-mail
nasaie
Beginner



Joined: Mar 09, 2009
Posts: 79

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 3:59 am
Reply with quote

assalamualaikum..

terima kasih atas perkongsian akhi fathi.

istidrak saya ialah :

1. Jawapan syaikh bassyar 'awwad adalah hujjah bagi muqallidnya.afwan saya berkata sedemikian.sebagaimana kata-kata Imam syafii "haddathana thiqah" maka ia adalah hujjah utk muqallid Imam Syafii.adapun bagi nuqqad hadith maka ia tidak sedemikian,kecuali riwayat imam syafii daripada thiqah tersebut bertepatan ngan riwayat thiqaat yang lain.namun begitu,kemungkinan bahawa perawi itu adalah dhaif masih lagi ada.bukankah di sana ada perawi dhaif yg riwayatkan hadith seperti riwayat thiqaat walaupun sedikit?

adapun kenyataan bahawa dr basyar awwad telah lakukan kajian secara istiqra' maka,tokoh yg lain juga mendakwa mereka telah lakukan kajian istiqra' tetapi mereka datang ngan satu natijah yg berlainan.dan mereka adalah tokoh yg hebat seperti Syaikhul Islam Ibn taimiah,Ibn Hajar,al-Albani bahawa "Hasan gharib" adalah "Hasan Lizatihi" (ini tanpa mengambil kira ia tepat atau tidak).point di sini ialah ulama' tersebut adalah ahli istiqra' tam.maka,pegangan seorang alim tidak boleh dilazimkan/dijadikan hujjah atas pegangan alim yg lain.dan pegangan kita tak boleh disebar luaskan pada umum tanpa hujjah yg jelas kenapa kita memilih salah satu antara dua pendapat yg pada zahirnya bercanggah amat.

2. Kita sendiri kena hadam istilah Imam Tirmizi berdasarkan kaedah talaqi yg benar dan ditambah ngan pembacaan yg banyak.begitu juga kita kena belajar TaraJim Abwab Tirmizi.tarjamah bab sangat penting dalam mewakili kefahaman muhaddith.juga kita kena tahu manhaj imam Tirmizi dalam Jarh dan ta'dil kerana secara zahir,imam tirmizi ada pandangan tersendiri dalam menilai perawi.(ini sebagaimana yg dinyatakn oleh syaikh Mukhtar Syanqiti dlm syarah Sunan Tirmizi dan ulama' lain).
begitu juga,imam tirmizi terkenal dengan manhaj hadith isyaraat.maka kita kena hadam perkara ini juga.

3. pesan guru kami Syaikh Abu Muaz,kita kena nilai Imam berdasarkan manhaj beliau bukan manhaj kita.Jika kita ada pandangan yg lain,maka kita jangan nisbahkan ia pada Imam seperti kata-kata "Imam Tirmizi bila sebut Hasan Gharib maka dia maksudkan dhaif".Tambahan pula,bila ia khilaf dengan zahir cara keluarkan hadith dan penghujahan oleh beliau dalam kitab.

4. tentang hadith yg dihukum oleh Tirmizi ngan hasan,hasan gharib,hasan sahih dan hasan sahih gharib.adakah ia hujjah di sisi imam atau tidak?maka yg zahir ia adalah hujjah dengan segala jenis martabat hujjah.sebagaiman kata syaikh basyar 'dhaif mu'tabar bihi'.maka,berdasarkan ta'rif hasan di sisi Imam,hadith itu ada penguatnya/syawahidnya(tanpa mengira samaada ia melalui jalan riwayat ataupun jalan ma'na sebagaimana ia makruf dalam bab ini)

5.atas dasar ini,adalah tidak tepat utk mengatakan bahawa hasan gharib adalah ' Imam Tirmizi bermaksud ia dhaif di sisi Imam '.kerana,ia adalah asal yg pertama sekali difahami dari takrif tirmizi terhadap hasan.

6.namun begitu,jika ada beberapa contoh yg tak cukup syarat (iaitu dhaif) maka ini kita kena cakap bahawa imam tak menepati syaratnya dalam hadith tersebut sahaja.dan siapakah imam yg tak tersalah.Imam bukhari dan Muslim juga dikomen kerana tidak menepati syaratnya sehingga ulama terpaksa berhempas pulas mempertahankannya.sila lihat al-ilzaamaat wa at-tatabbu' oleh ad-darquthni.

sehinggakan syaikh khalid pun pening dalam menyelesaikan sesetengah hadith dalam tirmizi.guru kami juga pening dalam menangani masalah isykal isykal yg berlaku dlm riwayat yg pelbagai.hatta,imam al-zahabi yg disifatkan oleh Ibn hajar sebagai ahli istiqra' tam pun pening utk menghuraikan masalah hasan ini.sehingga dia sendiri hampir putus asa.

7. apabila masalah ini adalah khilaf,maka tak seharusnya kita sembahkan pada umum seolah olah ia ijmak para pengkaji hadith.bahkan tidak halal utk kita tarjih satu pendapat atas yg lain,sehingga kita bawa bukti yg ilmiah.bagaimana bukti itu kita nak bawa?sehingga kita sendiri yg tatabbu' setiap tempat tersebut dalam al-Sunan,kemudian kaji dan bandingkan perselisihan pengkaji yg lain.jika tidak maka kita hanya sekadar DAKWA dan alangkah senangnya dakwa itu.

8.kita juga kena ingat,bahawa setiap orang akan rasa ajib ngan pandangannya sendiri.dan setiap pengikut akan bangga ngan kata-kata gurunya.maka,jalan insaf ialah kita pilih pendapat setelah kaji.dan alangkah cantik pendapat yg bersama dengan para huffaz yg ramai (hatta,dr khalid yg tak setuju ngan huffaz ni pun,tak secara jazam kata bahawa hasan gharib dan hasan adalah dhaif di sisi tirmizi).sila betulkan ana kalau salah

akhiran,sama sama kita membantu dlm menuntut ilmu.
ana tak mendakwa ismah utk diri saya
wassalam


www.ahlalhdeeth.com/vb...B%D1%ED%C8
Back to top
View user's profile
FATHI
Panel Hadith



Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 4:18 am
Reply with quote

nasaie wrote:
1. Jawapan syaikh bassyar 'awwad adalah hujjah bagi muqallidnya.

syaikh Basyar adalah antara Kibar Muhaddithin zaman ini, tidak wajar ayat ''muqallid'' di atas di nisbahkan kepadanya, kalau kita dlm AFN baru mmg layak dinisbah sbg muqallid, semua org dlm AFN muqallid, tiada yg mujtahid. Tiada siapaun dlm AFN ni yg merupakan pensyarah subjek hadith, atau pengkaji haditth, tidak diri ana sendiri, tidak akhi nasaie, tidak akhi mubtadi. Paling kurang hormat pendapat syaikh Basyar sbg pengkaji hadith.

bukan syaikh Basyar seorang yg berpendapat sedemikian, ramai lg Kibar Muhaddithin zaman ini berpendapat yg sama dgn syaikh Basyar spt Syaikh Abdullah al-Sa'ad, syaikh atTorifi, Sulaiman al-Ulwan, syaikh Mahir Yasin [murid syaikh Basyar], Dr. Abdul Qadir alMuhammadi [yg juga murid syaikh Basyar] berpendapat yg sama.

cukup jika kita tak bersetuju sesama kita dlm AFN, kita katakan hal ini khilaf antara muhaddithin. Tak perlu utk kita menyatakan para muhaddithin spt syaikh Basyar sbg muqallid seolah kita lebih berpengalaman dalam bidang hadith, sedangkan kita pun bukan lah pensyarah univ dlm bidang hadith.

wallah hu 'alam

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎
Back to top
View user's profile
nasaie
Beginner



Joined: Mar 09, 2009
Posts: 79

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 4:35 am
Reply with quote

assalamualaikum..

akhi,ana mintak maaf.
ana tulis dalam bahasa melayu dah rasanya.dan ana datangkan mithal imam syafii.kata orang " bil mithal yattadhih al-maqal "

saper kata Dr basyar muqallid?dan siapa yg tak hormat dr basyar?
alangkah buruknya tohmahan yg terhasil dari salah faham.wa ilaLLAH al-musytaka..

akhi boleh sebut seberapa banyak nama muhaddith sekarang.dan sebegitulah juga ana boleh bawa seramai mungkin nama muhhadith yg tidak berpendapat sedemikian.

pointnya ialah : manhaj kita penuntut ilmu .apa manhaj kita dalam memilih.kenapa kita pilih A dan bukannya B.kenapa kita mayshurkan pendapat kita sedangkan kita tidak mampu menjawab dengan baik bila ada mu'aradhah dr orang lain?

sebagaimana ana katakan,ana tak mengaku ismah pada diri ana.sebab itulah,ana kurang bercakap disini.ana akan cakap bila time mcm ni jer

afwan
Back to top
View user's profile
Asy-Syafiie
Panel Fiqh



Joined: Jan 26, 2009
Posts: 3682

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 8:15 am
Reply with quote

FATHI wrote:
nasaie wrote:
1. Jawapan syaikh bassyar 'awwad adalah hujjah bagi muqallidnya.

syaikh Basyar adalah antara Kibar Muhaddithin zaman ini, tidak wajar ayat ''muqallid'' di atas di nisbahkan kepadanya, kalau kita dlm AFN baru mmg layak dinisbah sbg muqallid, semua org dlm AFN muqallid, tiada yg mujtahid. Tiada siapaun dlm AFN ni yg merupakan pensyarah subjek hadith, atau pengkaji haditth, tidak diri ana sendiri, tidak akhi nasaie, tidak akhi mubtadi. Paling kurang hormat pendapat syaikh Basyar sbg pengkaji hadith.

bukan syaikh Basyar seorang yg berpendapat sedemikian, ramai lg Kibar Muhaddithin zaman ini berpendapat yg sama dgn syaikh Basyar spt Syaikh Abdullah al-Sa'ad, syaikh atTorifi, Sulaiman al-Ulwan, syaikh Mahir Yasin [murid syaikh Basyar], Dr. Abdul Qadir alMuhammadi [yg juga murid syaikh Basyar] berpendapat yg sama.

cukup jika kita tak bersetuju sesama kita dlm AFN, kita katakan hal ini khilaf antara muhaddithin. Tak perlu utk kita menyatakan para muhaddithin spt syaikh Basyar sbg muqallid seolah kita lebih berpengalaman dalam bidang hadith, sedangkan kita pun bukan lah pensyarah univ dlm bidang hadith.

wallah hu 'alam

Ustaz Fathi, ana tak nak masuk campur dalam hal nisebab ana masih lemah berbanding dengan ustaz dan ustaz nasaie.

Cuma nak menyelit sikit, ustaz nasaie tak kata S.Basyar muqallid, dia kata orang yang muqallid dengan S.Basyar lah yang akan berpegang dan berbangga dengan pendapat yang datang dari S.Basyar tu.

Kepada Ustaz Nasaie pula, mungkin Ustaz Fathi terlepas pandang dalam bacaannya, harap sama2 lah kita bermuzakarah dengan baik dan "happy" jer. Kedua2 ustaz ni memang ana minat jika bertembung dalam perbincangan hadis.

Senyum sokmo. Wink

_________________
1hati atas ketaatan Agama. +
1maksud dalam mencari kebenaran. +
1tujuan untuk mencapai keredaan Allah.
= Selesai masalah umat.

Jom kita semua cuba 1h1m1t.
Back to top
View user's profile Visit poster's website
jihad4u
Student L7



Joined: Jul 02, 2008
Posts: 1788
Location: Keramat Au 3

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 8:34 am
Reply with quote

ana tersenyum apabila memasuki perbincangan hadis di AFN,sudah lama tidak rasa begini..teruskan perbincangan bermanfaat ni.. Wink
_________________
Umur 25 tahun



لعنة الله على قوم المجوس الرافضة

^Misi Ulama' Syiah:menyesatkan manusia dari jalan yang benar.
Back to top
View user's profile
kawakib_duriyah
Panel Hadith



Joined: Dec 07, 2008
Posts: 4689

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 8:49 am
Reply with quote

Bagi ana, mmg kita di AFN ini adalah muqallid dalam hal ini. Tetapi kita berhak mengkaji sendiri untuk menilai kajian manakah yang lebih absah dan kuat dalam pengkajian ulama'-ulama' ini. Kajian2 berbentuk deskriptif dengan menghitung satu persatu dan meletakkan justifikasi berdasarkan kiraan yang tepat boleh dianggap sebagai salah satu cara yang tepat untuk menilai isu ini.

Oleh kerana isu ini berada diruang lingkup ijtihadi, kita jangan terlalu melatah. Ust Fathi ada hak untuk menegaskan pandangannya, dan bagi saya ia tepat pada satu sisi dan ada beberapa isu yang perlu diteliti. Bukan bermakna saudara Fathi kita fanatik Dr. Basyar pun. Kita boleh lihat daripada tulisannya.

Perbincangan dalam isu hadith ini perlu dibuka minda seluas-luasnya agar kita dapat menilai dengan lebih akurat tanpa apa2 prejudis dan bias kepada mana2 pihak. Di pihak ust mubtadi juga benar kerana beliau mahu mendapatkan kebenaran daripada pendapat muhaddithin mutaqaddimin dalam hal ini. Manakala ust Fathi pula mengemukakan data dan fakta daripada kajian2 semasa bagi menyokong pendapatnya dalam hal ini. Adakah kajian2 semasa ini tidak melihat langsung pendapat mutaqaddimin? Sudah tentu lihat bukan? Jika mereka yang mengkaji hal ini tidak menilai pandangan2 daripada ulama2 terdahulu, adalah sangat janggal dalam pengkajian dalam ilmu hadith.

Tetapi berkemungkinan juga mereka terlepas pandang dalam beberapa hal, namun saya tidak pasti. Terima kasih kerana berkongsi ilmu2 ini, ia harus dibincangkan dengan penuh kasih sayang dan saling menghormati.

_________________
Kembara Makna

kembaramakna.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
Talhah
Moderator



Joined: Aug 19, 2008
Posts: 2639

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 4:08 pm
Reply with quote

Assalamualaikum

Alangkah baiknya jika kita ingin mengkaji umpamanya "hasan gharib" di sisi Al-Imam at-Tirmidzi(rhm) kita turut menela'ah takhrij dan tahqiq Syeikh Syua'ib Al Arna'uth hafizahullah ke atas Jami' At-Tirmidzi ini. Saya telah melihat sebahagian kajian Syeikh Syua'ib ini termasuk sebahagian hadith yang ada di AFN ini, sehingga sesetengah hadith Syeikh Syua'ib menghabiskan dua mukasurat setengah membahaskan takhrij hadith dari jalan-jalan yang lain termasuk membawakan sama pandangan muhaddith sebelumnya semisal Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dll. Tetapi sayangnya apabila kita membaca huraian hadith yang sama di AFN, hadith ini diitlakkan sebagai "dhaif".

======================================
Dan saya cenderung untuk bersetuju dengan pandangan Akhi Nasai.

Wallahua'lam.
Back to top
View user's profile Visit poster's website
nasaie
Beginner



Joined: Mar 09, 2009
Posts: 79

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 7:09 pm
Reply with quote

assalamualaikum..

saya meminta maaf atas kegusaran yg ditimbulkan..
ia adalah tanda kurangnya akhlak saya dalam bermuzakarah..

ada beberapa point yg ingin saya tarik perhatian :

1. Saya bersetuju dalam kebanyakan apa yg dibincangkan dlm AFN (dlm forum hadith.ini kerana saya tak ke forum2 lain kerana ia bukan bidang saya).saya sentiasa mengikuti perkembangan forum hadith tetapi saya tak tinggalkan komen kerana pada saya ia dah ok.namun bila ada isu2 yg saya tegang mcm ni,maka saya terpaksa bercakap.jika ikhwah perasan,biasanya saya akn jd mcm ni,bila ia berkait ngan istilah Imam Tirmizi.

2. Setiap org yg ghuyur terhadap as-sunnah akan ada sedikit keras dlm sesetengah isu yg berkaitan dengan as-sunnah.dan jika bahasanya keras(bukan biadap/kasar)pada sesetengah keadaan maka ia adalah biasa.silalah lihat rudud para ulama dalm apa bidang pun dari dulu sampai sekarang.sila lihat muqaddimah Muslim dan bab pensyaratan liqa'.lihatlah bahasa beliau.ia sangat keras tetapi bukan biadap/kasar.lihatlah juga jawapan balik terhadap beliau.ia juga keras tetapi bukan biadap/kasar.

3. pengkaji moden yg dah habiskan masa mereka dlm hadith pun,tidak sepakat dlm menentukan maksud imam " hasan gharib " di sisi imam.
maka ia masih lagi ijtihadi dan terbuka terhadap kritikan.dan ana pula,berdasarkan pemerhatian ana dan kajian ana,ana nampak pilihan lain yg tidak dipilih oleh us fathi.maka nettters AFN akan celaru,jika masing2 buat kepala masing2 di sini.dan ana agak yakin,bahawa pengkaji lain dlm AFN ni,ada yg setuju ngan ana.mungkin akhi mubtadi dan akhi talhah bersetuju ngan pilihan ana (berdasarkan pengamatan ana dan bukannya syok sendiri-sila betulkan jika salah).maka kita kena selesaikan kecelaruan ini.

4. mentahqiq pilihan dlm usul tersangat penting.bahkan ia lebih penting dlm mentahqiq pilihan dalam furu'.kerana,bila usul kita dah dipilih A,maka kita dah ada tasawwur musabbaq terhadap furu'.dan ini sangat bahaya bagi muqallid (pembaca/pengkaji biasa biasa).sedangkan hakikatnya,usul mesti di bina berdasarkan istiqra' yg tam terhadap furu' kerana usul ditulis adalah utk memudahkan kefahaman bila berinteraksi ngan furu'.wallahu a'lam.

5. Sebab itulah,saya dah cadangkan agar topik ni ditutup dulu sehingga kita benar2 yakin ngan pilihan kita yg terhasil dari kajian.biarlah pegangan kita tu tidak disebut dalam AFN sehingga kita keluar ngan data kita sendiri.biarlah ia sepi walau 10 tahun pun,agar kita tak menyesal kemudian hari.

6. saya cadangkan demikian,kerana kita memiliki rujukan yg sama seperti thesis PHD Dr Khalid.tetapi,kita still tak sama memahaminya.Saya tertarik ngan Kitab al-Jami yg ditahqiq oleh Syaikh Syuaib.alhamdulillah,sehari dua lagi ia akan sampai ke tangan saya dr Makkah.Saya juga nasihatkan utk kita ada semua nuskah jami' tirmizi seperti nuskhah aimmah al-albani,basyar,ahmad syakir,mubarakfuri,hindiah dll.saya juga cadangkan agar baca kitab2 yg takhrij hadith isyarat Tirmizi seperti nuzhatul albab fi qaul al-tirmiziz fil bab..dan juga kasyfun niqab 'amma yaqulu at-tirmzi wa fil bab..saya juga cadangkan utk kumpul syuruhat sunan tirmizi,syarah ilal oleh ibn rajab dan kitab 'al-hadith al-hasan fi jami' al-tirmizi'.ia adalah thesis takhassus hadith dr darul ulum deoband dan banyak lg yg berkaitan ngan sunan tirmizi.

7. maka saya menyeru agar kita yg nak bercakap dlm topik ni,kita kena amanah dlm tatabbu' setiap tempat tu dlm tirmizi.biarlah ia amik masa 10 tahun pun,agar kita tidak menyesal satu hari nanti.

8. dan inilah point yg ana nak ketengahkan iaitu apa stand kita dlm memilih?

afwan atas kesilapan ana.
wallahu a'lam
Back to top
View user's profile
Athma_Godam
Moderator



Joined: Oct 16, 2008
Posts: 6591
Location: Semerah Padi

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 7:23 pm
Reply with quote

sedang menantikan ust kacangbadam join in fray..
Back to top
View user's profile
kawakib_duriyah
Panel Hadith



Joined: Dec 07, 2008
Posts: 4689

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 8:30 pm
Reply with quote

Dalam hal ini, ada beberapa langkah yang boleh kita buat:

1. Ikut cadangan Tuan Nasaie supaya tutup dulu perbincangan ini dan melakukan kajian semula untuk mendapatkan hujahnya yang sebenar. Bagi saya cadangan ini baik pada satu sisi tetapi lebih banyak pada kurang baiknya. Ia menyebabkan sahabat AFN yang masih menelaah ilmu-ilmu hadith ini akan terbantut dan saya percaya, ramai yang begitu teruja dengan perbincangan ini. Kadang kala kecelaruan itu akan membuatkan minda kita terus berfikir dan berfikir dan akhirnya ia akan membuahkan hasil. Saya juga percaya ada dalam kalangan sahabat AFN juga melakukan kajian peribadi dalam hal ini.

2. Kita menunggu sahabat AFN lain yang mungkin dapat memberi satu pendapat dan pandangan daripada ulama' lain yang boleh memecahkan ruyung ini agar sagunya kita dapat jamah seperti mana cadangan Tuan Hilmi. Ada kalanya penantian itu membuahkan hasil yang bagus.

3. Jika sekiranya perbincangan ini terlalu membelit sahabat AFN, mungkin kita boleh cadangkan kepada sahabat AFN yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang hadith, mengambil isu ini dan kita sama-sama membantu beliau mendapatkan maklumat sebaik mungkin. Mungkin beliau boleh melaporkan penemuan-penemuan baru hasil daripada kajian beliau.

Kajian ini walaupun ia telah dikaji di Timur Tengah, namun ia masih boleh dikaji jika masih terdapat kelompangannya. Saya lihat, pandangan daripada ulama' India tidak dapat kita selongkar dalam isu ini. Mungkin kita boleh dapatkan bantuan daripada pihak Darul Kautsar atau daripada ulama' kita yang pernah melalui perbincangan ini tetapi tidak mengetahui ia hangat dalam AFN ini. Maklumlah kebanyakannya sibuk melakukan kajian masing, contohnya seperti Dr Abdul Hayei memberi sepenuh perhatian pada penulisan Tafsir Muttaqin beliau. Sarjana lain juga sibuk dengan kajian masing.

Apa pendapat sahabat semua? Semoga Allah s.w.t. memandu kita semua.

_________________
Kembara Makna

kembaramakna.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
nasaie
Beginner



Joined: Mar 09, 2009
Posts: 79

PostPost subject: Re: E-Mail dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Ma'rouf
Posted: Tue Dec 15, 2009 8:52 pm
Reply with quote

assalamualaikum..

terima ksih atas komen saudara kawakib.
maksud saya tutup perbincangan ni ialah yg berkaitan 'hasan gharib' sahaja.
atau jika tidak,kita buka thread khusus yg boleh dihadiri oleh org tertentu sahaja.dan ahli yg lain boleh jadi pemerhati.saya rasa langkah ini pernah di buat dlm jabatan hadith al-ahkam.

dan siapakah org khusus/tertentu tersebut?

maka saya cadangkan agar pihak berautoriti dlm AFN menjemputnya secara peribadi iaitu melalui PM.

wallahu a'lam


Last edited by nasaie on Tue Dec 15, 2009 8:56 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.   Printer Friendly Page    Forum Index Qur'an dan Hadis
Page 1 of 2
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau.

-- HR. Bukari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan






Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 277
Bots: 1
Total: 278
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11487 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster