100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu]Perbincangan sekitar persoalan Qur'an, Hadis, Kisah Nabi-nabi dan Umat terdahulu serta para sahabat
Go to page 1, 2 Next
| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Wed Mar 18, 2009 9:09 am |
|
Salam,
Terjemahan ini sedang diusahakan secara kolektif di sini dan topik ini adalah koleksi terjemahan [dengan suntingan dan penambahbaikan] bagi artikel Inggeris tersebut. Artikel asal diambil dari sini.
* Panduan format:
1- Subtajuk bagi perkara 1 hingga 100. [bold, size=14]
2- Edisi Inggeris digugurkan. *Sila buat permintaan jika mahu mengekalkan edisi Inggeris.
3- Teks hadis `Arab dimasukkan. [size=24, dalam kurungan ()]
4- Sumber hadis dan penomboran ditulis dalam kurungan [] seperti [Al-Bukhariy/ 112] dan diwarnakan biru.
5- Koma atas ` digunakan untuk huruf `ayn (ع) dan koma atas ' digunakan untuk huruf hamzah (ء).
6- Ejaan untuk mad (/panjang) tidak dibezakan dan hanya menggunakan satu huruf vokal sahaja.
### Boleh tambah dan cadangkan perubahan/ cadangan/ bantahan format ini.
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Wed Mar 18, 2009 9:10 am |
|
Himpunan 100 Amalan Sunnah Yang Sahih
1- Tidur dengan berwudhu'.
Nabi berkata kepada al-Bara' bin `Azib, radhiya Llahu `anhu:
(إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وَضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ)
<Apabila kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwudhu'lah dengan wudhu' kamu untuk bersalat, kemudian baringlah di atas rusuk kamu yang kanan> [Al-Bukhariy/ 6311] [Muslim/ 2712]
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe
Last edited by Adou_Fr on Sun Jan 31, 2010 11:51 pm; edited 2 times in total |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Wed Mar 18, 2009 9:19 am |
|
2- Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur.
Daripada `A'isyah radhiya Llahu `anha:
(أَنّ النَّبِيَّ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ، ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا، فَقَرَأَ فِيهِمَا: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ )
Bahawa Nabi saw apabila dia mendatangi katilnya setiap malam, dia mengumpulkan dua tapak tangannya, kemudia dia menghembus pada kedua-duanya, dan dia membaca pada kedua-duanya: Qul huwa Llahu ahad, dan Qul a`uzu birabbi l-falaq, dan Qul a`uzu birabbi n-nas. Kemudian dia menyapu dengan kedua-duanya apa yang dia mampu daripada tubuhnya, dia bermula dengan kedua-duanya di atas kepalanya dan mukanya dan apa yang sampai daripada tubuhnya. Dia melakukannya tiga kali. [Al-Bukhariy/ 5018]
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe
Last edited by Adou_Fr on Sun Jan 31, 2010 11:51 pm; edited 1 time in total |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Wed Mar 18, 2009 9:37 am |
|
3- Membaca takbir, tasbih dan tahmid apabila masuk tidur.
`Aliy meriwayatkan bahawa Rasulu Llah berkata kepada Fatimah ketika Fatimah meminta agar Nabi memberikannya seorang pembantu:
(أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ)
<Mahukah saya tunjukkan kamu berdua terhadap apa yang lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang pembantu? Apabila kamu berdua mendatangi katil kamu berdua, atau kamu berdua mengambil tempat tidur kamu berdua, maka bertakbirlah 33 kali, dan bertasbihlah 33 kali dan bertahmidlah 33 kali. Maka ini adalah lebih baik bagi kamu berdua daripada seorang pembantu> [Al-Bukhariy/ 6318] NOTA: Bertakbir ialah menyebut Allahu akbar. Bertasbih ialah menyebut Subhana Llah. Bertahmid ialah menyebut Al-hamdu liLlah.
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe
Last edited by Adou_Fr on Sun Jan 31, 2010 11:53 pm; edited 1 time in total |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Wed Mar 18, 2009 4:53 pm |
|
4- Berdoa ketika bangun dari tidur.
`Ubadah bin As-Samit radhiya Llahu `anhu meriwayatkan bahawa Nabi berkata:
(مَنْ تَعَارَّ مِنَ اللَّيْلِ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ، فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ )
<Sesiapa bangun ketika malam dan dia berkata: La ilaha illa Llahu wahdahu la syarika lah, lahu l-mulku walahu l-hamd, wahuwa `ala kulli syay'in qadir, al-hamdu liLlah, wasubhana Llah, wala ilaha illa Llahu waLlahu akbar, wala hawla wala quwwata illa biLlah (Tiada Tuhan melainkan Allah sendirian-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya kerajaan, dan bagi-Nya pujian, dan Dia - di atas setiap sesuatu - adalah berkuasa. Pujian untuk Allah, dan Maha Suci Allah, dan tiada Tuhan yang melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah). Kemudian dia berkata: Allahumma ghfir li (Ya Allah, ampunkan untuk saya), atau dia berdoa, akan dijawab baginya. Maka jika dia berwudhu' dan bersalat, diterima salatnya> [Al-Bukhariy/ 1154]
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe
Last edited by Adou_Fr on Sun Jan 31, 2010 11:54 pm; edited 1 time in total |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Wed Mar 18, 2009 5:19 pm |
|
5- Berdoa ketika bangun dari tidur.
Daripada Huzayfah bin Al-Yaman radhiya Llahu `anhu, Nabi berkata apabila bangun:
(الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ )
<Al-hamdu liLlahi llazi ahyana ba`da ma amatana wa'ilayhi n-nusyur (Pujian untuk Allah yang telah menghidupkan kami selepas apa yang Dia telah matikan kami, dan kepada-Nya pengembalian)> [Al-Bukhariy/ 6312]
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Wed Mar 18, 2009 5:42 pm |
|
6- Mendengus apabila bangun tidur
Abu Hurayrah berkata, bahawa Nabi berkata:
(إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ ، فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيَاشِيمِهِ )
<Apabila seseorang daripada kamu bangun daripada tidurnya, maka hendaklah dia mendengus tiga kali. Maka sesungguhnya syaytan bermalam di atas lubang-lubang hidungnya> [Muslim/ 241] NOTA: mendengus ialah mengeluarkan air dari hidung dengan laju setelah memasukkannya.
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe
Last edited by Adou_Fr on Tue Dec 15, 2009 8:12 am; edited 3 times in total |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Wed Mar 18, 2009 5:53 pm |
|
7- Wudhu' sebelum mandi junub
`A'isyah meriwayatkan:
(أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنَ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ، ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلَاةِ ، ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي الْمَاءِ فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ ، ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ ، ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ )
bahawa Nabi apabila dia mandi daripada janabah, dia bermula dan membasuh dua tangannya. Kemudian dia berwudhu' sebagaimana dia berwudhu' untuk salat. Kemudian dia memasukkan jari-jarinya di dalam air dan dia menyela-nyela dengannya akar rambutnya. Kemudian dia menuangkan ke atas kepalanya tiga cedukan dengan dua tangannya. Kemudian dia menuangkan air ke atas kulitnya keseluruhannya. [Al-Bukhariy/ 248]
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe
Last edited by Adou_Fr on Sun Jan 31, 2010 11:55 pm; edited 1 time in total |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Tue Mar 24, 2009 7:52 pm |
|
8- Membaca Tasyahhud Selepas Wudhu'
`Umar Bin Al-Khattab radhiya Llahu `anhu meriwayatkan bahawa Nabi berkata:
(مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ، فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ، ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ، إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ، يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ)
<Tiadalah daripada antum seorang pun yang berwudhu', dan dia menyampaikan atau dia menyempurnakan wudhu', kemudian dia berkata: Asyhadu an la ilaha illa Llah, wa'anna muhammadan `abdu Llahi warasuluh (Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya) melainkan dibukakan baginya pintu-pintu syurga yang lapan, dia akan masuk daripada mana-mananya yang dia mahu> [Muslim/ 237]
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Thu Dec 10, 2009 10:44 pm |
|
9- Menjimatkan Air
Anas berkata:
(كَانَ النَّبِيُّ يَغْسِلُ أَوْ كَانَ يَغْتَسِلُ بِالصَّاعِ إِلَى خَمْسَةِ أَمْدَادٍ وَيَتَوَضَّأُ بِالْمُدِّ )
Nabi telah membasuh atau telah mandi dengan satu sa` (2.748 L) hingga 5 mudd (3.435 L), dan dia telah berwudhu' dengan satu mudd (0.687 L). [Al-Bukhariy/ 201] [Muslim/ 327] NOTA: Satu sa` = 4 mudd. 1 mudd = 0.687 liter. 1 mudd ialah seceduk air dengan dua tapak tangan yang dirapatkan, oleh lelaki bersaiz sederhana.
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe
Last edited by Adou_Fr on Sun Jan 31, 2010 11:56 pm; edited 1 time in total |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Thu Dec 10, 2009 11:01 pm |
|
10- Salat Dua Raka`at Selepas Wudhu'
Nabi berkata:
( مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ )
<Sesiapa berwudhu' seperti wudhu' saya ini, kemudian dia bersalat dua raka`at, dia tidak bercakap-cakap pada kedua-duanya dengan dirinya, diampunkan baginya apa yang telah berlalu daripada dosanya> [Al-Bukhariy/ 160] [Muslim/ 228]
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Mon Dec 14, 2009 12:14 am |
|
11- Mengulangi kalimah azan seperti ucapan mu'azzin dan berdoa kepada Nabi serta meminta untuknya al-wasilah
`Abdu Llah bin `Amr bin Al-`As berkata bahawa dia mendengar Nabi berkata:
(إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ، ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ، ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ)
<Apabila kamu mendengar mu'azzin, maka katakanlah seperti apa yang dia katakan. Kemudian bersalawatlah ke atas saya, maka sesungguhnya sesiapa yang bersalawat ke atas saya dengan satu salawat, Allah bersalawat ke atasnya dengannya dengan sepuluh, kemudian mintalah kepada Allah untuk saya al-wasilah...> [Muslim/ 387]
Bacaan yang perlu dibaca selepas azan ialah:
(اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ ) [Al-Bukhariy/ 614]
Allahumma rabba hazihi d-da`wati t-tammati was-salati l-qa'imah. Ati muhammadani l-wasilata wal-fadhilah. Wab`ashu maqaman mahmudani llazi wa`adtah <Ya Allah, Tuan seruan yang sempurna ini, dan salat yang didirikan. Berikan Muhammad al-wasilah (jalan) dan al-fadhilah (kelebihan). Dan bangkitkannya dengan maqam yang terpuji yang telah Kamu janjikan kepadanya>
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Mon Dec 14, 2009 12:42 am |
|
12- Sentiasa bersiwak (menggosok gigi)
Abu Hurayrah berkata bahawa Rasula Llah berkata:
(لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ عَلَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلَاةٍ )
<Kalau tidak akan menyusahkan umat saya, atau ke atas manusia, pasti saya akan menyuruh mereka bersiwak (menggosok gigi) bersama setiap salat> [Al-Bukhariy/ 887]
Adalah sunnah untuk bersiwak ketika bangun pada waktu malam untuk tahajjud [Al-Bukhariy/ 1136] [Muslim/ 257], berwudhu', apabila masuk ke rumah [Muslim/ 255] [Ibnu Khuzaymah/ 135], ketika bangun dari tidur [Ahmad/ 5943], ketika mendatangi salat Juma`at [Ibnu Majah/ 1098, dihasankan Al-Albaniy].
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe
Last edited by Adou_Fr on Tue Dec 15, 2009 8:16 am; edited 1 time in total |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Tue Dec 15, 2009 12:15 am |
|
13- Pergi awal ke masjid
Abu Hurayrah berkata, Rasulu Llah berkata:
(لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا )
<Jika manusia mengetahui apa yang ada pada seruan (azan) dan saf pertama, kemudian mereka tidak dapat melainkan untuk mengundi ke atasnya, pasti mereka akan mengundi. Dan jika mereka mengetahui apa yang ada pada At-Tahjir (Zuhur), pasti mereka berlumba-lumba kepadanya. Dan jika mereka mengetahui apa yang ada pada Al-`Atmah (`Isya') dan Subuh pasti mereka mendatangi kedua-duanya walau dengan merangkak> [Al-Bukhariy/ 615] [Al-Bukhariy/ 2689] [Muslim/ 440]
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe |
|
| Back to top |
|
|
Adou_Fr


Joined: Jan 09, 2009 Posts: 3415 Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
|
Post subject: Re: 100 Himpunan Amalan Sunnah [Bahasa Melayu] Posted: Tue Dec 15, 2009 8:37 am |
|
14- Banyak langkah ke masjid
Abu Hurayrah berkata bahawa Rasulu Llah berkata:
(أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا ، وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ ؟ قَالُوا : بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ ، وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ ، وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ ، فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ )
<Tidakkah kamu mahu saya tunjukkan kamu atas apa yang Allah hapuskan dengannya kesalahan dan Dia mengangkat dengannya beberapa darjat?> Mereka berkata: Ya, ya Rasula Llah. Dia berkata: <Menyempurnakan wudhu' di atas kepayahan, dan banyak langkah ke masjid, dan menunggu salat selepas salat, maka itulah bagi kamu ar-ribat (pengikat)> [Muslim/ 253]
_________________ ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe |
|
| Back to top |
|
|
|
|
All times are GMT + 8 HoursGo to page 1, 2 Next
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum You cannot attach files in this forum You cannot download files in this forum
|
Hadith Today |
Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya
-- HR. Bukhari |
Pautan Pilihan |
|
|
Main Menu |
Home Community Members options Forums Search Web Affiliates |
Top Posters |
|
|