Community Forums
Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah
Discussion room for knowing Islam. Diskusi mengenali Islam bagi saudara baru dan mereka yang baru berjinak-jinak mengenali Islam, juga ruang diskusi gerakan dakwah kepada orang Islam dan bukan Islam.
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexKenali Islam / Knowing Islam
View previous topic :: View next topic  
Author Message
abu_usamah
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 9944
Location: Tampin N9

PostPost subject: Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah
Posted: Fri Mar 12, 2010 3:50 pm
Reply with quote

Kitab Tauhid 1
oleh: Dr.Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al fauzan

Mudahanah dan kaitannya dengan al-wala' wal bara'

Mudahanah ertinya berpura-pura, menyerah dan meninggalkan kewajipan amar ma'ruf nahi mungkar serta melalaikan hal tersebut kerana tujuan duniawi atau kehendak peribadi. Oleh kerana itu berbaik hati, bermurah hati atau berteman dengan ahli maksiat ketika mereka berada di dalam kemaksiatannya, sementara dia tidak mengingkari (maksiat itu) sedangkan dia mampu kelakukannya maka itulah mudahanah.

Kaitan antara mudahanah dengan al-wala'wal bara' jelas daripada erti dan definisi yang kita paparkan tersebut, iaitu meninggalkan pengingkaran terhadap orang-orang yang melakukan maksiat sedangkan dia mampu melaksanakannya. Bahkan sebaliknya dia menyerah kepada mereka dan berpura-pura baik kepada mereka.

Hal ini bererti meninggalkan cinta kerana Allah dan permusuhan kerana Allah. Bahkan ia semakin memberikan dorongan kepada mereka yang derhaka (kepada Allah) dan yang melakukan kerosakan. Oleh kerana itu, manusia penjilat atau mudahin seperti ini termasuk di dalam firman Allah Subhannahu wa Ta'ala: "Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan 'Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain sering tidak melarang tindakan munkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu. Kamu melihat kebanyakan daripada mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik)." (Al-Ma'idah: 78-80)

Mudarah serta pengaruhnya terhadap al-wala' wal bara'
Mudarah adalah menghindari mafsadah (kerosakan) dan kejahatan dengan ucapan yang lembut atau meninggalkan kekerasan dan sikap kasar, atau berpaling daripada orang jahat jika ditakuti kejahatannya atau kerana takut terjadinya hal yang lebih besar daripada kejahatan yang sedang dilakukan.

Di dalam sebuah hadis disebutkan: "Sejahat-jahat kamu adalah orang-orang yang ditakuti manusia kerana mereka khuatir akan kejahatannya." (HR. Ibnu Abu Dunya dengan redaksi senada)

Dari Aisyah Radhiallaahu anha bahawasanya seorang lelaki meminta izin masuk menemui Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam, seraya berkata, "Dia saudara yang hina di dalam keluarga". Kemudian ketika orang itu masuk dan menghadap Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam beliau berkata kepadanya dengan ucapan yang lembut. Maka Aisyah berkata, "Engkau tadi berkata tentang dia seperti apa yang engkau katakan". Maka Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, 'Sesungguhnya Allah membenci 'fuhsy' (ucapan keji) dan 'tafahuhusy' (berbuat keji)." (HR. Ahmmad dalam Musnad)

Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam telah berbuat mudarah dengan orang tadi ketika dia menemui Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam -sedangkan orang itu jahat- kerana baginda mahukan kemaslahatan agama. Oleh yang demikian, hal itu menunjukkan bahawa mudarah tidak bertentangan dengan al-wala' wal bara' seandainya ia memang mengandungi kemaslahatan lebih banyak di dalam bentuk menolak kejahatan, menundukkan hatinya atau memperkecil dan meringankan kejahatannya.

Ini adalah salah satu method dalam berdawah kepada Allah. Termasuk di dalamnya adalah mudarah Nabi terhadap orang-orang munafik kerana khuatir akan kejahatan mereka dan untuk menundukkan hati mereka dan orang lain.

belajar-tauhid.blogspo...rikut.html
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
syahrezan
Moderator



Joined: Jul 19, 2008
Posts: 4077
Location: Petaling Jaya

PostPost subject: Re: Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah
Posted: Fri Mar 12, 2010 4:43 pm
Reply with quote

haritu ada seorang forumer mengatakan --> bagi muka dan melakukan amalan bidah bersama orang kampung, atau at least tidak tampil aktif sebagai anti bidah -- atas maksud ambil hati dan dakwah longterm dan bukannya dengan iktikad -- adalah mudahanah.

Adakah ianya mudahanah atau mudarah? Perlu diingat, bagi muka dengan amalan bidah ini bukan saja2, tetapi ada plan jangka panjang.
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
bocah
Banned User



Joined: Dec 21, 2009
Posts: 1739

PostPost subject: Re: Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah
Posted: Fri Mar 12, 2010 4:47 pm
Reply with quote

katakan lah yang benar walaupun pahit....tak silap ni mafhum hadist..
Back to top
View user's profile
syahrezan
Moderator



Joined: Jul 19, 2008
Posts: 4077
Location: Petaling Jaya

PostPost subject: Re: Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah
Posted: Fri Mar 12, 2010 5:22 pm
Reply with quote

bocah wrote:
katakan lah yang benar walaupun pahit....tak silap ni mafhum hadist..

Benda besar yang dikompress dalam satu ayat. Macam2 terjemahan boleh buat.

1. eh, busuknya ketiak engkau ni!
2. kau ni muka macam pecah rumah
3. kau tak payah lah main ngan kitorang, kau tu kaki bangku


semua di atas adalah Contoh perkataan yang benar dan pahit.

Macammana bocah terima hadis ni? Kali ni diharap boleh jawab direct dan tak memukul di tepi semak.
Quote::
Maka Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, 'Sesungguhnya Allah membenci 'fuhsy' (ucapan keji) dan 'tafahuhusy' (berbuat keji)." (HR. Ahmmad dalam Musnad)
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
abu_usamah
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 9944
Location: Tampin N9

PostPost subject: Re: Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah
Posted: Fri Mar 12, 2010 5:40 pm
Reply with quote

Bro Syah,

mungkin ia boleh jadi Mudahanah kalau kita sama-sama buat benda bid'ah tu, atau kita keluar kenyataan mengiakan perbuatan bid'ah.

Mudarah dalam situasi ini boleh jadi ialah dengan berdiam diri dahulu dengan tidak memberi komentar ke atas perbuatan bid'ah mereka.

Wallahua'lam.


Last edited by abu_usamah on Fri Mar 12, 2010 6:01 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
syahrezan
Moderator



Joined: Jul 19, 2008
Posts: 4077
Location: Petaling Jaya

PostPost subject: Re: Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah
Posted: Fri Mar 12, 2010 5:45 pm
Reply with quote

ada pening sikit di situ. mudahanah adalah perkara keji. Maka berdiam diri atas maksud dakwah long term tu dikira mudahanah?
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
abu_usamah
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 9944
Location: Tampin N9

PostPost subject: Re: Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah
Posted: Fri Mar 12, 2010 5:49 pm
Reply with quote

eh sorry reply saya kat Bro tu terbalik, yang mudahanah jadi mudarah, yang mudarah jadi mudahanah.

Ia sudah diperbetulkan ya.


Last edited by abu_usamah on Fri Mar 12, 2010 6:13 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
abu_usamah
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 9944
Location: Tampin N9

PostPost subject: Re: Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah
Posted: Fri Mar 12, 2010 6:00 pm
Reply with quote

Di sini ada tulisan tentang Mudahanah, mungkin elok dibaca sebab ia menjelaskan maksud teknikal dan dalil-dalilnya:
mashoori.wordpress.com...am-dakwah/

Shaikh Muhammad B Shalih al-Uthaimin menyebutkan bahawa:

Mudahanah adalah perasaan rela dengan perbuatan yang tercela yang dilakukan manusia lain, serta dia membiarkan mereka melakukannya.

Sedangkan Mudarah ialah azam di dalam hati untuk mengingkari perbuatan yang tercela tersebut. Akan tetapi dia bersifat lunak padanya untuk menarik simpatinya, atau dia akan menundanya pada waktu yang lain, sehingga tercapai maslahah yang diinginkan.
[Syarah Adab Dan Manfaat Menuntut Ilmu, ms 241-242, edisi online books.google.com.my/bo...p;f=false]
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Kenali Islam / Knowing Islam
Page 1 of 1
All times are GMT + 8 Hours



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan

-- HR. Ahmad dan Baihaqi

Toggle Content Pautan Pilihan






Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 275
Bots: 1
Total: 276
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11487 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster